TAK BOLEH TANDING TAPI TERUSKAN TUGAS KM, TINDAKAN UMNO CACA MARBA

Jelas sekali Umno berada dalam keadaan caca marba dalam segala tindakan mereka sejak akhir-akhir ini. Dalam isu pergantungan Ketua Menteri Melaka yang dihalang dari bertanding baru-baru ini, Umno sekali lagi berada dalam keadaan tidak tentu arah. Mengapa Ali yang didakwa bersalah boleh dibenarkan untuk meneruskan tugas sebagai Ketua Menteri Melaka.
Tugas Ali sebagai Ketua Menteri mempunyai impak yang besar. Bagaimana seorang yang dipersoalkan integritinya boleh meneruskan tugas yang memerlukan seorang yang amanah, bersih dan bebas dari rasuah serta salah guna kuasa. Ini yang amat saya kesalkan.
Lebih menyedihkan bakal Perdana Menteri, Najib Razak ketika ditanya media tentang status Ali sebagai Ketua Menteri tidak memberikan jawapan yang meyakinkan serta munasabah. Kalau Najib menghormati tindakan Jawatankuasa Disiplin Umno maka sudah pasti Najib dan Umno akan memecatkan atau meminta Ali meletakkan jawatan serta merta.

Jelas Umno tidak konsisten dalam menangani rasuah dan salah guna kuasa sehingga membenarkan pesalah rasuah dan penyalahguna kuasa terus memegang jawatan penting.

Comments

Anonymous said…
Salam... klau apa yg diaorg buat tu betul serta jujur, dah kena letak nama lain dah parti tu. dah tentu namanya PAS. ni dah namanya pun umno.. apa nak heran.. ada kuasa semua boleh adjust. puak2 umno ni klau si najib tu berak tgh jalan pun dia kata najib telah membuat satu tindakan yg sgt demokratik serta berhemah. apa yg pemimpin dia buat semuanya betul. aku igt klau si najis tu rogol mak,adik dan kakak dia pun dia org kata si najis tu baik dan bijak.


(hassan rahman ADUN sg.rambai)
0196265625
Anonymous said…
yang rasuah bukan dato ali,tp ajen2 dia....knp lak nak salahkan dia plak...saya rasa x menjadi masalah sekiranya dato ali terus memimpin melaka ni.....tgn dia lah melaka maju seperti sekarang......dan aku lah salah sorng yg dpt merasa berbagai2 projek yg dato ali kuarkan....tu blum kira komisen lobi projek lg.....yg x dpt bleh lah memekak....cuba dpt senyaplah.....yg YB HASSAN ni pun x sedar diri....dato ali dah bg peluang jd YB pun lg mau bising...dah lah x der qualified apa2.setakat kaki bodek dato ali jer....tu pun masih nak kata dato ali ni x bagus....x guna nyer org....

(PEMUDA_PERKASA)
Anonymous said…
PEMUDA_PERKASA ni pencacai angkat najis ali ketam.....x yah layan apa dia tulis.....

UJANG JULING
KETUS PEMUDA UMNO CAWANGAN JER>>>>>
Anonymous said…
muta ligat,
1. pencacai umno bertelagah di sini?
macam katun. masih dok backing tok ali?

2. tok ali dgn ajen2nya sama jugak..patut tok ali jika ada muka patut letak jawatan KM tu..contohi isa samad dan lain2 ..

3. projek..projek...projek...org umno ni tak habis2 dgn projek-mojek..

pandanglah sesuatu dgn mata hati jangan pandang dengan mata fulusy...