TAHNIAH BUAT CHONG WEI MOGA JADI JUARA

Saya mengucapkan tahniah kepada Pemain perseorangan lelaki Nombor 1 dunia, Lee Chong Wei mencatatkan pencapaian bersejarah dalam kerjaya profesionalnya selepas berjaya ke perlawanan akhir Badminton Terbuka All England yang berlangsung di National Indoor Arena, Birmingham.

Kejayaan itu dicapai apabila beliau mengalahkan Taufik Hidayat dari Indonesia dengan straight set 21-8, 21-13 dalam masa 33 minit.

Chong Wei, 26, pemenang pingat perak Olimpik Beijing dan pemain pilihan pertama, dijangka bertemu sama ada Lin Dan atau Chen Jin, keduaduanya dari China, dalam perlawanan akhir esok

Saya mengharapkan Chong Wei dapat menuruti jejak langkah jaguh-jaguh negara yang pernah bergelar juara All England di mana kali terakhir di menangi oleh Hafiz Hashim.

Comments