CABAR MENTERI PELAJARAN DEDAHKAN MARKAH LULUS, KEPUJIAN DAN CEMERLANG

Komen di bawah ini dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia untuk MENGHALALKAN PPSMI.

"Keputusan peperiksaan itu juga menunjukkan peningkatan kelulusan dalam Sains dan Matematik, sekali gus membuktikan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan pencapaian pelajar."

"Prestasi calon bandar dan luar bandar serta pada peringkat nasional bagi mata pelajaran itu terus meningkat. Subjek Sains mencatat kelulusan 91.2 peratus berbanding 87 peratus pada tahun sebelumnya, manakala Matematik 77.5 peratus berbanding 75.8 peratus pada 2007."

Apa tujuan beliau membuat kenyataan tersebut. Bagi saya tidak lain tidak bukan beliau mengikut telunjuk Menteri Pelajaran yang beriya-iya mempertahankan dasar PPSMI tanpa menghiraukan pandangan dan saranan cendikiawan bahasa dan sastera Melayu seperti Dato' Dr Hassan Ahmad, Prof Abdullah Hassan, Prof Shaharir Md Zain, Prof Dr Nik Safiah Karim Sasterawan Negara, A Samad Said, Ainon Mohamad, Dinsman, Azizi Abdullah dan lain-lain yang kesemuanya menentang PPSMI.

Seperkara yang menjadi kemusykilan kepada kita sejak PPSMI di jadikan dasar ialah saban tahun keputusan subjek Sains dan Matematik menunjukkan peningkatan.....ini menimbulkan tanda tanya ??????

Saya bersetuju dengan persoalan yang ditimbulkan oleh blogger angkasanuri yang mencabar Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussein supaya membuktikan bahawa PPSMI tidak menjejaskan keputusan SPM malah meningkat, sila umumkan berapa gred markah lulus, kepujian dan cemerlang untuk subjek sains dan matematik?

Adakah pihak Kementerian Pelajaran bersedia mendedahkannya? Jika tidak maka tidak mustahil markah dan gred subjek matematik dan sains telah dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu. Terutama untuk terus menghalalkan pelaksanaan PPSMI yang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.

Comments

Anonymous said…
pelajar-pelajar yang langsung tidak tahu membaca, menulis, mengira (tidak kuasai 3M) boleh lulus subjek mat dan sc dalam pep pmr. ujian bulanan/peperiksaan dalaman peringkat sekolah, pelajar ini dapat markah antara 0-15 je. Hairan bin ajaibnya keluar keputusan pmr boleh lulus subjek mat n sc. guru-guru pun kehairanan dan terkejut beruk.. kalau tak percaya tanya guru-guru di sekolah pedalaman sabah dan sarawak. cikgu-cikgu ni lebih tahu.. boleh panggil pelajar ini dan test mereka suruh menulis, membaca dan mengira.. pelajar yang sederhana pencapaian di sekolah tiba-tiba boleh 9A.. Apa dah jadi dengan sistem pend malaysia.