SOKONG UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA ALI RUSTAM

Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang bakal dibawa oleh ADUN DAP atau ADUN BN sendiri pada persidangan DUN akan datang.
Imran berkata bukan sahaja ADUN DAP, malah ADUN BN juga mesti membawa dan menyokong usul ini dalam Sidang DUN akan datang bagi membuktikan bahawa ADUN dan rakyat Negeri Melaka mahukan seorang Ketua Menteri yang beritegriti, bersih dan tidak terbabit dengan rasuah. DUN Melaka mesti memilih dan mencadangkan Ketua Menteri baru yang lebih telus dan berintegriti.
"Undi tidak percaya ini penting bagi memastikan negeri ini tidak dipimpin oleh Ketua Menteri yang tidak berintegriti, dan terlibat dengan rasuah. Datuk Seri Mohd Ali sudah tidak sesuai dan tidak layak untuk memimpin negeri Melaka".
"ADUN BN juga mesti menyokong usul ini kerana kes rasuah yang melibatkan Ketua Menteri sudah tentu menyebabkan rakyat sangsi dengan integriti Ketua Menteri dalam mengetuai kerajaan negeri Melaka."
"Kalau selama ini orang menuduh kita membuat dakwaan kosong tanpa bukti, nah sekarang Allah membentangkannya secara jelas di hadapan kita, adakah kita masih mahu terus menyokong Ketua kerajaan negeri yang kaki rasuah"ujar Imran yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah.
Menurutnya rakyat seharusnya faham bahawa walaupun ada yang mendakwa Ketua Menteri tidak terlibat namun hakikatnya setiap gerakerja agen-agennya mestilah di dalam pengetahuan beliau malah duit yang dibelanjakan untuk sogokan itu juga kemungkinan besar duit beliau. Tidak mungkin agen-agen itu boleh mengeluarkan duit poket sendiri untuk menyogok perwakilan.

Satu perkara lagi katanya, yang perlu direnungi oleh rakyat Melaka ialah dari mana agen-agen Ketua Menteri mendapat duit yang begitu banyak sehingga boleh menyogok perwakilan dengan banyak.
Sepatutnya, rakyat mesti menyokong laporan yang dibuat oleh PR supaya SPRM menyiasat Ketua Menteri tentang isu rasuah ini.
Sudah sampai masanya rakyat negeri Melaka bangkit menunjukkan penentangan kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh kaki rasuah.

Comments

Anonymous said…
kau bukan orang melaka. ape ko nak sibuk pasal undi percaya ke tak percaya. jangan jadi hamba cina n keling la wei...
Anonymous said…
bkn stakat org melake jer yg nk ali ketam turun,org luar melake pun nk si ali ketam ni trn.....aku sebagai rakyat melake rase tebal muke aku sebab ketua menteriku syg didapati bersalah terlibat dgn rasuah....ap lg ali ketam.....turunlah wei...kalau rs ad maruah dan muke tu tau malu baik ko turun jer...