SIAPA PUN MENANG SAMA SAHAJA, KERANA SISTEM DALAM UMNO TIDAK UBAH

Bagi saya siapa pun menang pada pemilihan Umno, sama sahaja kerana sistem di dalam Umno tetap sama. Dasar Umno meminggirkan Islam, memusuhi Islam, menolak Islam, tidak demokratik dan sebagainya sama sahaja jika sesiapapun yang menang.

Tidak ada yang boleh diharapkan kepada kemenangan Muhyiddin, Zahid, Hishamuddin dan Shafei Apdal.

Malah Umno di bawah kepimpinan Najib dan Muhyiddin ini bakal mengganas kerana riak-riak keganasan ini semakin kencang dengan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan, tindakan ganas Polis menyembur gas pemedih mata dan air kimia kepada rakyat dan sebagainya.

Maka saya menjangkakan pintu demokrasi semakin tertutup, kerajaan pimpinan Umno akan semakin ganas.

Comments

mari kita sama-sama tumpu perhatian kepada pilihanraya dan mutu PR .
Tak perlu kita buang masa dengan hal hal umno dan najis-najis mereka itu.
Saya rasa buang bateri/buang masa dan buang Bandwidth internet untuk hal perkembar.

Kita boleh bincang pasal hal ekonomi,inflasi, turun kan harga bahan api seperti gas masak,petrol , diesel , apa boleh dibuat untuk selamat kan kilang ,dll