Satu demi satu pekung dan kudis yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan BN terbongkar. Kalau sebelum ini modus operandi jahat mereka di Perak terbongkar dengan rompakan kuasa yang akhirnya menyebabkan Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Haram, hari ini perancangan jahat mereka dibongkar di Selangor.
Benar atau tidak apa yang berlaku di Selangor kita belum pasti. Tetapi bukti nyata telah ditunjukkan oleh YB Lau Weng San. Terpulang kepada pihak berwajib untuk menyiasat. Namun saya tidak yakin satu siasatan telus akan dijalankan kerana sudah menjadi lumrah di Malaysia kes sebegitu akan berakhir samada di diamkan atau dinyatakan tiada bukti yang jelas.
Namun bagi saya peristiwa di Perak menjelaskan segala-galanya.
Kalau BN boleh lakukan di Perak sudah tentu mereka boleh rancang perkara yang sama di negeri-negeri PR yang lain.
Hanya Allah tempat kita berserah dengan kejahatan dan kezaliman BN ini. Moga Allah menghukum perompak dan penyamun ini dengan balasan yang setimpal.
Comments