Bakal Perdana Menteri semalam telah memberikan gambaran bahawa beliau akan membuat rombakan terhadap kabinet selepas beliau mengambil alih tampuk pemerintahan dari Abdullah Ahmad Badawi. Bila tarikhnya beliau tidak maklumkan.
Cuma beliau memberikan garis panduan siapa yang layak untuk menjadi anggota kabinetnya iaitu beliau akan mengukur mereka berdasarkan dua perkara.
"Pertama, kabinet saya adalah aggotan yang diterima oleh rakyat".
"Kedua sebagai Perdana Menteri saya mestilah ianya selari dengan agenda nasional. Jika kedua-duanya diterima oleh rakyat, saya yakin rakyat bersama kita, jika tidak kita akan berada dalam masa yang sukar" katanya dalam program dialog@1 semalam.
Namun bagi saya kabinet yang bakal dibentuk oleh Najib sebenarnya tidak memberikan keyakinan kepada rakyat kerana sebahagian besar ahli parlimen BN terutama dari Umno adalah dipersoalkan integriti mereka. Ini kerana kita semua faham terdapat 1,000 aduan tentang rasuah politik wang dan salah laku dan mereka ini kemungkinan terlibat sama.
Rakyat juga tahu bahawa susah untuk mencari seorang pemimpin Umno yang bersih dan berintegriti termasuklah calon Perdana Menteri sendiri.
Rakyat juga tahu bahawa susah untuk mencari seorang pemimpin Umno yang bersih dan berintegriti termasuklah calon Perdana Menteri sendiri.
Bagi saya jika Najib benar-benar ingin membersihkan kabinet dan mencari calon-calon bebas dari rasuah seperti saranan Tun Mahathir, Najib mesti membubarkan parlimen dan meletakkan calon-calon baru yang bersih dan tidak ada rekod buruk. Jika tidak sudah tentu Najib tidak akan dapat membentuk kabinet yang baik dan bebas rasuah. Tetapi perkara ini mustahil akan berlaku.
Najib sudah pasti akan melantik ahli-ahli parlimen dan senator-senator untuk menganggotai kabinetnya walaupun kredibiliti mereka dipersoalkan.
Masalahnya sekarang ramai dikalangan menteri yang ada sekarang ini masih dibayangi oleh Abdullah Badawi atau boleh dikatakan orang Dollah Badawi antaranya Rais Yatim, Mat Taib, Amir Sham, Shahrir Samad, Shabery Cheek dan lain-lain.
Saya menjangkakan ada antara mereka ini akan disingkirkan oleh Najib untuk diisi oleh orang kuat Najib seperti Jamaluddin Jarjis, Rahim Thamby Chik (lantik sebagai Senator) dan lain-lain.
Maka sudah pasti ramai menteri yang cemas sekarang takut kehilangan jawatan dan menjadi menteri pencen. Orang-orang Najib sekarang semakin senyum lebar. Kalau tidak dilantik sebagai Menteri pun sudah tentu mereka akan mengisi jawatan seperti Setiausaha Agong Umno, Ketua Penerangan Umno, Bendahari Umno dan lain-lain yang merupakan lubuk untuk memperolehi kekayaan.
Comments
itu pun klaau jadi lah
itu semua berbalik kepada tujuan kita kat atas muka bumi ini..
lihat surah al-a'raf ayat 172..