Cadangan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak untuk menukar sistem pemilihan Umno bagi membasmi rasuah dalam pemilihan Umno tidak akan berhasil jika ahli dan pemimpin Umno tidak mahu berubah dan kembali kepada Islam.
Walaupun Najib mencadangkan supaya dilibatkan lebih ramai ahli untuk membuat pemilihan, namun unsur rasuah ini akan tetap berlaku selagi orang yang terlibat tidak takut kepada Allah.
Jika lebih ramai yang akan memilih pemimpin saya bimbang lebih banyak wang rasuah dan agen-agen akan digunakan untuk merasuah pengundi dalam Umno.
Kalau sekarang mungkin agen-agen calon bergerak di peringkat Bahagian saya yakin selepas ini agen-agen calon akan bergerak diperingkat cawangan pula, maka sudah tentu lebih banyak duit akan digunakan dan lebih ramai agen-agen akan digunakan oleh calon.
Punca sebenar berlakunya rasuah ialah masalah integriti calon yang tidak berpegang teguh kepada Islam yang jelas mengharamkan rasuah.
Bukan sahaja calon yang haram dan berdosa memberi rasuah, ahli dan perwakilan yang menerima rasuah juga berdosa, inilah masalah yang berlaku di mana Umno gagal mendidik ahli dan pemimpinnya supaya takut kepada Allah dan siksaan neraka.
Jadi hanya satu sahaja cara untuk mengatasi rasuah iaitu mendidik ahli supaya takut kepada Allah dan pada masa yang sama mengamalkan undang-undang Islam untuk membenteras rasuah.
Insya Allah dengan pelaksanaan undang-undang Islam Allah akan memberkati kita semua dan semua orang takut untuk memberi dan menerima rasuah". Najib yang berucap merasmikan serentak Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri semalam berkata telah tiba masanya untuk kita mengkaji semula perlembagaan Umno dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan Umno dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat.
Comments