PULAU MELAKA : KERAJAAN NEGERI LEMBAP, BIARKAN PROJEK TERBENGKALAI

Kerajaan negeri Melaka ternyata lembap kerana gagal mengatasi masalah projek Pulau Melaka yang terbengkalai sejak sekian lama.

Ramai rakyat negeri ini dan dari luar Melaka menjadi mangsa kegagalan projek ini. Lebih malang lagi setelah lebih 1o tahun projek ini gagal kerajaan negeri seolah-olah berlepas tangan dan membiarkan ianya berlarutan dengan begitu lama.

Projek tersebut yang melibatkan projek perumahan seluas 13.7 hektar melibatkan 3 fasa dengan bilangan unit rumah kedai dan pangsapuri sebanyak 1,534 buah.

Ada di kalangan pembeli rumah projek tersebut terpaksa membayar ansuran bulanan rumah yang dibeli sebanyak RM300 sebulan sejak 1997 namun rumah tersebut masih belum siap.

Sebuah akhbar harian hari ini mendedahkan sikap lepas tangan kerajaan negeri yang memberikan alasan bahawa projek itu dibina oleh syarikat swasta dan kerajaan negeri hanya meluluskan pelan pembangunan.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kaseh yang memberikan jawapan tersebut seterusnya menambah bahawa, kerajaan negeri perlu mengikut proses perundangan sebelum kerja-kerja pengambilalihan projek itu dibuat.

Menurut Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman, jawapan kerajaan negeri tersebut merupakan jawapan yang tidak bertanggungjawab.

"Mengapa baru sekarang mereka sedar sedangkan projek ini sudah terbengkalai sejak sekian lama, kerajaan negeri sebagai pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab sepatutnya telah mengambil langkah lebih awal sebelum ianya menjadi lebih rumit dan berlarutan seperti sekarang".

"Ternyata kerajaan negeri lembap dan lalai sehingga rakyat yang membeli hartanah di sini menjadi mangsa akibat kelemahan kerajaan negeri" tegas Ustaz Imran yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah.

Ustaz Imran juga kesal kerana kerajaan negeri gagal menjalan penilaian dan pengawasan yang sewajarnya kepada syarikat yang mengendalikan projek ini.

Beliau menyarankan SPRM supaya menyiasat projek ini kerana kemungkinan berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa sehingga projek ini terbengkalai.

"Siasatan ini mesti dilakukan dengan teliti bermula dari proses penganugerahan projek sehingga ke pelaksanaan projek".

Comments

doc transz said…
bantu makluk ini yang hidup berdua dengan kakanya dengan RM3 sehari.
baca di http://alternate-enter.blogspot.com/2009/03/bantuan-diperlukan-segera.html

sekian.
Anonymous said…
saya rasa saudara dan Ustaz Imran perlu dapatkan maklumat sebenarnya sebelum menyelar KNM. Saya bukan penyokong kuat BN tetapi saya tahu kedudukan projek tersebut. Nasihat saya... untuk mendapatkan undi atas pagar seperti kami, pemimpin PAS Melaka perlulah menunjukkan kebijaksanaan dan mempunyai ciri kepimpinan sejati. Mudah-mudahan akan muncul seseorang sebegitu di dalam PAS Melaka pada masa akan datang. Sekian. Assalamualaikum