Saya yakin Zambry tidak akan berani menentang Nizar pada Pilihanraya Kecil Bukit Gantang kerana Umno/BN dan Zambry sendiri memang pengecut dan penakut. Jika Umno anak jantan Umno boleh meletakkan Zambry Menteri Besar HARAM untuk menentang Nizar bagi menentukan siapa yang mendapat sokongan dari rakyat.
Umno/BN boleh menukar calonnya walaupun Ismail Safian telah dinamakan sebagai bakal calon mereka. Namun saya yakin Zambry dan Umno sendiri sudah tentu takut dan tidak berani berdepan dengan rakyat kerana mereka telah merompak kuasa dan mandat rakyat sudah pasti mereka tidak berani bertentang mata dengan rakyat.
Umno/BN sebenarnya berada dalam keadaan yang amat cemas selepas PAS membuat keputusan meletakkan Menteri Besar Rakyat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calonnya. Pemilihan beliau sebenarnya menjadikan peluang untuk PAS menang semakin meningkat berdasarkan beberapa survey badan-badan bebas dan isyarat ini juga jelas dilihat dari penerimaan rakyat kepada Nizar walau ke mana sahaja beliau pergi.
Lebih mengejutkan ramai di kalangan penyokong Umno juga memberikan sokongan terbuka kepada Nizar walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan pihak lawan kepadanya.
Tidak syak lagi bahawa pemilihan Nizar memang tepat dan menggusarkan BN/Umno.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini, jika Zambry Aziz anak jantan sila tawar diri untuk bertanding lawan Nizar!!!!!
Comments
Pilihan orang ramai tidak ada lain selain menggerakkan secara besar-besaran media alternatif seperti internet untuk menyampaikan suara rakyat.
Sekatan terhadap akhbar Harakah dan Suara Keadilan akan dilihat oleh rakyat, kerajaan BN sebagai tidak demokratik. Ini boleh menyebabkan kemarahan orang ramai, bukan saja kepada penyokong PAS dan Keadilan tetapi juga kepada rakyat yang mendokong demokrasi.
lalu, aku ragu dan aku malu …
Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?
Lalu pemimpin angkuh berkata …
Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!
Lalu Sasterawan Negara bersumpah lagi …
Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.
Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,berlidah dua.
A samad said