PRK BUKIT GANTANG : JIKA NIZAR MEMANG JAWATAN MB MESTI DIKEMBALIKAN PADANYA

Jika calon PAS Datuk Seri Nizar Jamaluddin menang pada PRK Bukit Gantang pada 7 April ini, jawatan beliau sebagai MB Perak mesti diiktiraf oleh semua pihak. Ini kerana kemenangan itu membuktikan bahawa rakyat Perak mahukan beliau menjadi Menteri Besar bukannya Zambry Kadir.

Jika BN masih berdegil ingin mempertahankan Zambry ini menandakan BN menafikan suara rakyat, malah BN boleh dikatakan tidak mempunyai maruah dan harga diri masih mengaku mendapat sokongan majoriti rakyat.

Tidak syak pilihanraya kecil Bukit Gantang bukan hanya untuk menentukan siapa ahli parlimen kawasan tersebut tetapi juga untuk menentukan siapa Menteri BEsar pilihan rakyat. Maka suara rakyat ini mesti dihormati oleh semua pihak.

Cuma saya agak sangsi dengan ketelusan dan professionalisme SPR dalam menjalankan Pilihanraya ini kerana bimbang SPR dipengaruhi BN sehingga menyebabkan ia berat sebelah dan tidak berlaku adil kepada semua pihak.

Comments

Anonymous said…
sokong Nizar! seorang umat agama yg berunsur modernist. RESPEK!
Anonymous said…
NIZAR UTK SEMUA.....
Kalau Nizar menang ( kita sudah pasti Nizar akan menang besar), di mana sultan akan letak muka?

Kalau rakyat dah ramai-ramai sokong PR maka biar lah PR yang jadi kerajaan negeri Perak.
Dan sudah nyata bahawa Nizar ada lah pemimpin yang paling 'cool" dari PR dan diterima oleh hampir semua rakyat Perak.