PRK BUKIT GANTANG : DATANG BERAMA-RAMAI ZAMBRY DAN ISMAIL SAFIAN AKAN IMAMKAN SOLAT DAN BERI TAZKIRAH
Menteri Besar Kerajaan BN Perak, Zambry Kadir mendakwa beliau pun mampu menjadi Imam dan menyampaikan kuliah tafsir.
Semasa beliau memarahi DS Ir Nizar di Masjid Simpang baru-baru ini Zambry dengan angkuh berkata dalam nada suara yang keras dan marah, "Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir".
Pengakuan Zambry membuktikan bahawa beliau memang seorang yang berilmu dan mahir dalam menyampaikan tazkirah dan kuliah tafsir.
Malah barangkali calon BN, Ismail Safian(gambar) juga hebat dan mampu melakukan perkara yang sama.
Jadi saya mencadangkan kepada seluruh masjid dalam Parlimen Bukit Gantang supaya memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada Zambry dan Ismail untuk menyampaikan tazkirah dan kuliah tafsir.
Tajuk yang sesuai untuk dikuliahkan oleh Zambry dan Semail pada pandangan saya ialah Rasuah Haram Di sisi Islam, Aurat Wanita dalam Islam, Haid Dan Nifas, Sopan santun serta Derhaka kepada Allah lebih bahaya daripada derhaka kepada manusia.
Saya juga menyeru seluruh umat Islam di Bukit Gantang supaya hadir untuk mendengar kuliah tersebut. Insya Allah Tuan Guru Zambry dan Tuan Guru Ismail akan dapat mendidik seluruh rakyat Bukit Gantang menjadi insan bertaqwa dan baik.
Comments
Sesuai pulak dgn tajuk yg.dicadangkan itu.
Tak salah kita mendengar majlis ilmuan walau dari siapa pon.
Asal tidak terkeluar dari garis panduan dalam Alquraan.
Cume klo die jadi Imam ,teman kena buat lagi sekali .
Jgn Maree!!!!