Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek berkata kehadiran ramai calon bebas di Bukit Selambau tidak memberikan kesan kepada keputusan Pilihanraya Kecil Bukit Selambau kerana rakyat sudah tentu akan memilih samada PR atau BN.
Amat kecil pengundi yang akan mengundi calon bebas.
"Samada BN hendak menaja ramai calon Bebas itu terpulang kepada mereka kerana PR tidak ada hak untuk menghalangnya. Selagi mereka memenuhi syarat untuk menjadi calon maka sesiapa sahaja boleh bertanding".
"BN mungkin menaja calon bebas yang ramai bagi memecahkan undi PR terutama di kalangan pengundi India, namun saya yakin pengundi Bukit Selambau sudah matang dan tetap akan mengundi PR kerana BN khasnya MIC sudah tidak relevan lagi kepada kaum India" ujar Haji Bakrin
Menurutnya kemenangan Samy Vellu tanpa bertanding sebagai Presiden MIC membuktikan demokrasi sudah mati di dalam MIC dan ini menambahkan lagi kebencian kepada MIC dan BN. Bakrin juga berkata, rakyat juga menolak BN kerana parti teras BN iaitu Umno sudah rosak dan jijik dengan imej rasuah yang berakar umbi dan sukar untuk diubati.
Ini semua memberikan kesan besar kepada pola pengundian di mana pengundi sudah pasti mengundi PR kerana benci dan meluat dengan BN khasnya MIC dan Umno. Katanya, kehadiran calon bebas tidak menjadi masalah kerana pengundi sudah pasti tidak akan mengundi calon Bebas dan BN sebaliknya tetap memberikan undi kepada PR walau apapun yang berlaku

Comments