PRK BKT GANTANG : RAKYAT SEMAKIN SERLAHKAN KEBENCIAN KEPADA BN

Seminggu lagi Penamaan calon PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai akan diadakan. 'Mood' rakyat nampaknya semakin memihak kepadaPakatan Rakyat (PR) lantaran kebencian mereka terhadap kejijikan dan kebiadapan serta kezaliman BN.

Saya ingin memfokuskan tulisan ini kepada 'mood' rakyat di Bukit Gantang. Tinjauan rambang yang dilakukan oleh pemerhati bebas di sana menunjukkan dengan jelas bahawa 75-85 % pengundi bukan Melayu bukan sahaja membenci BN malah meluat dan menyampah kepada BN. Antara faktor utama kebencian ini ialah kerana tindakan BN merompak kuasa kerajaan PR Perak juga kerana kegagalan BN mengatasi masalah ekonomi. Selain itu rakyat bukan Melayu juga semakin benci kerana tindakan zalim Polis yang diperkudakan oleh BN sehingga sanggup bertindak ganas kepada rakyat pada himpunan aman dan ceramah-ceramah PR. Pengundi bukan Melayu juga tidak boleh menerima tindakan BN yang jelas membelakangkan undang-undang dalam kejadian menghalang Sidang DUN, merosakkan plak demokrasi dan lain-lain.

Isu rasuah juga menjadi isu penting hilangnya kepercayaan pengundi bukan Melayu kepada BN selain isu pemberhentian kerja, ISA dan lain-lain.

Lebih mengejutkan, 'mood' pengundi Melayu juga semakin menyebelahi PR. Kalau sebelum ini 50-60 % pengundi Melayu cenderung mengundi BN kini peratusan tersebut menurun kepada hanya 45-55 % sahaja pengundi Melayu akan mengundi BN. Ini sesuatu yang mengejutkan kerana BN yang menggunakan media saban hari memfitnah BN kononnya derhaka dan biadap kepada Sultan.

Namun pemerhati bebas berpendapat pengundi Melayu semakin cenderung kepada PR kerana beberapa faktor antaranya kebiadapan kerajaan yang terus berdegil mempertahankan PPSMI sehingga sanggup menggunakan Polis untuk bertindak ganas kepada rakyat. Isu kebiadapan kepada Raja-raja semakin memakan diri BN kerana rakyat kembali sedar bahawa BN lah yang sebenarnya derhaka kepada Raja sehingga sanggup meminda perlembagaan pada era 90-an dahulu.

Orang Melayu juga semakin meluat dengan Umno/BN kerana terbukti rasuah sudah menjadi darah daging mereka sehingga hampir semua pimpinan Umno/BN terlibat dengan rasuah. Isu ini benar-benar menggugat BN dan pengundi melayu semakin hilang kepercayaan kepada BN.

Selain itu pengundi Melayu juga sedar bahawa kerajaan BN gagal menjaga kebajikan rakyat apabila semakin ramai rakyat yang hilang pekerjaan, barangan semakin naik dan sebagainya.

Comments