Ramai pihak menjangkakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menewaskan calon BN Ismail Safian dengan pukulan TKO pada PRK Bukit Gantang pada 7 April ini. Keyakinan ini berdasarkan kepada beberapa kajian dan survey yang dijalankan oleh beberapa badan bebas sejak beberapa minggu lalu di Bukit Gantang.
Majoriti dari responden yang ditemui semuanya cenderung untuk menyokong PR. Antaranya soalan yang diajukan kepada responden ialah adakah Nizar derhaka kepada Sultan; adakah tindakan BN merampas Perak disokong dan parti manakah yang akan menang pada PRK tersebut.
Majoriti responden memilih untuk menyatakan bahawa Nizar tidak derhaka; tindakan BN merampas Perak tidak mengikut perlembagaan dan PR akan menang di Bukit Gantang.
Saya yakin dengan pemilihan Nizar sebagai calon PR akan menang dengan lebih besar kerana sentimen pengundi yang sangat membenci BN sekarang ini meluap-luap terutama pengundi Cina dan India.
Tidak syak lagi BN akan tewas dengan teruk kali ini. Kemenangan Nizar nanti akan membuktikan bahawa rakyat memang mahukan beliau menjadi Menteri Besar dan PR terus mendapat sokongan padu rakyat Perak.

Comments