PRK BKT GANTANG : BN AKAN BUAT APA SAHAJA HALANG KEMENANGAN NIZAR

Keputusan PAS meletakkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk bertanding di Parlimen Bukit Gantang benar-benar merimaskan BN.

Mereka begitu takut jika Nizar menang kerana kemenangan tersebut sudah tentu membuktikan bahawa rakyat Perak tidak merestui tindakan BN yang merampas kuasa di Perak dengan cara paling tidak bermaruah.

Saya menjangkakan BN akan melakukan apa juga cara untuk memastikan Nizar tewas demi survival politik BN dan Umno di Malaysia khasnya Perak.

Sudah nampak tanda-tanda keganasan dan kezaliman serta apa juga langkah samada halal,haram maupun jahat dan biadap akan dilaksanakan oleh BN untuk memenangkan calonnya Ismail Safian.

Kemenangan Nizar bererti rakyat Perak masih sayangkan beliau.
Kemenangan Nizar bererti rakyat Perak tidak setuju dengan cara BN merampas kuasa di Perak
Kemenangan Nizar bererti rakyat Perak tidak menganggap Nizar dan PR derhaka kepada Raja
Kemenangan Nizar bererti rakyat Perak mahukan beliau diiktiraf sebagai Menteri Besar Perak.

Oleh itu bagi menghalang perkara di atas saya yakin BN akan bertindak berdasarkan prinsip yang selalu mereka ikuti iaitu MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. Mereka akan lakukan apa sahaja asalkan BN menang.

Mereka ada SPR, JPN, Polis dan Jabatan-Jabatan Kerajaan bagi membantu mereka mencapai niat mereka untuk menang di Bukit Gantang.

Petugas PR mesti bekerja kuat dan istiqamah bagi memastikan perancangan jahat BN berjaya digagalkan.

Comments

Anonymous said…
PRK Bkt Gantang, Bkt Selambau, Batang Ai ------->

--- merupakan satu "MAHKAMAH RAKYAT" dan "Referendum Rakyat" terhadap --- kemelut ciptaan manusia politikus dalam isu Kerajaan Negeri Perak & gelagat kedurjanaan politik Malaysia masa kini.

Diharap pengendali2 PRK-(SPR,PDRM, dll) perlu amalkan kaedah yang "Demokratik,Profesional", Adil dan Berwibawa"

Semoga rakyat akan menjadi "Pengadil" yang amanah, telus, rasional dan adil.

Didoakan agar mendapat keredhaan Illahi dalam setiap usaha kita...
Anonymous said…
Saya seteju sekali dengan semua yang di tuliskan. Maka saya sebagai rakyat biasa akan menyumbangkan masa dan tenaga untuk memastikam kemenangan Sdr Nizar di Bkt Gantang.Salam.