PRK BKT GANTANG, BKT SELAMBAU, BATANG AI : KEBIADAPAN AHLI DAN PEMIMPIN UMNO MESTI DIHUKUM OLEH PENGUNDI
Saya merayu pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai supaya bangkit menolak BN pada 3 Pilihanraya Kecil iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Pengundi di sana mesti mengajar BN terutama ahli dan pemimpin Umno yang masih sayang kepada pemimpin yang rasuah sehingga mereka ini dipilih menjadi ketua mereka walaupun jelas pemimpin ini seperti Khairy mengamalkan rasuah.
Walaupun terbentang dan terbongkar di depan mata, Khairy diberi amaran kerana mengamalkan rasuah beliau tetap dipilih menjadi Ketua Pemuda Umno.
Oleh kerana ahli dan pemimpin Umno bengong dan tidak dapat menilai betapa jijiknya rasuah maka saya mengharapkan pengundi di ketiga-tiga kawasan tersebut menghukum BN kerana biadap dan memperbodoh-bodohkan rakyat.
Ini dapat dilihat bahawa pada ucapan perasmian persidangan wanita, pemuda dan puteri, Najib Razak meminta perwakilan mengundi calon yang bebas dari rasuah tetapi tidak sampai 24 jam selepas perwakilan pemuda memilih Khairy yang jelas bersalah dan dihukum oleh Lembaga Disiplin (diberi amaran).
Bukankah ini maknanya pemimpin Umno cuba memperbodohkan rakyat.!!!!
Comments