Seorang tetamu blog saya membuat panggilan memberikan pendapatnya bahawa pemilihan pucuk pimpinan baru Umno malam tadi tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada rakyat dan negara malah kemungkinan ianya akan memberikan kesan lebih buruk.
Beliau memberikan perumpamaan "Botol Baru Budu Lama". Saya mengagak beliau adalah orang Kelantan berbangsa Tionghua kerana berdasarkan loghatnya yang pekat Kelantan.
Saya setuju dengan pendapatnya kerana sememangnya pemimpin baru Umno tidak akan membawa apa-apa perubahan kerana ibarat sebuah drama skripnya sama cuma pelakon sahaja yang lain. Bagaikan pementasan Puteri Gunung Ledang, walaupun bertahun-tahun ia dipentaskan tetapi ceritanya tetap sama cuma pelakon sahaja bertukar.
Samalah juga dengan botol dan budu, kalau budu sudah busuk, gantilah secanggih manapun botolnya maka budu tetap busuk. Jadi pemimpin Umno yang dilantik semalam kita lihat semua baru dari Presiden, Timbalan, Naib dan MT majoritinya orang baru, namun oleh kerana sistem dan tradisi dalam Umno itu sendiri sudah busuk, lapok, jijik dan sebagainya maka rakyat tidak dapat apa-apa malah kemungkinan lebih teruk dizalimi dan ditindas.
Buktinya belum apa-apa permit harakah dan suara keadilan telah digantung. Ceramah pembangkang disembur dengan gas dan sebagainya.
Adakah ini mencerminkan Umno dan pemimpin kerajaan sudah berubah? Mereka tidak mengikut nasihat Pak Lah dalam ucapan dasar semalam yang mencadangkan supaya rakyat tidak di'kurung' sehingga menyebabkan mereka marah dan menolak Umno pada PRU akan datang.
Comments