PEMIMPIN DAN AHLI UMNO BERJUANG UNTUK HABUAN DAN PANGKAT

Mantan Presiden Umno yang baru melepaskan jawatannya, Pak Lah mengakui Umno adalah sebuah parti yang dianggotai oleh pemimpin dan ahli yang materialistik dan mementingkan hawa nafsu dan kepentingan diri. Sebab itulah kita lihat Umno hari ini sudah tidak asas perjuangan. Objektif dan matlamat perjuangan hanya untuk kepentingan perut dan bawah perut.
Pak Lah dalam ucapan 'widak'nya berkata hari ini generasi seangkatan dengan saya bukan sahaja sudah semakin kecil bilangannya, tetapi yang lebih membimbangkan semangat yang dimiliki oleh generasi seangkatan dengan saya, ketara semakin tipis di kalangan generasi semasa.
"Semakin ramai yang menyertai Umno bukan kerana apa yang dapat mereka sumbangkan kepada Umno tetapi lebih mirip kepada apa yang bakal mereka harap untuk memperoleh. Mereka mengharapkan jawatan, mereka mengharapkan projek, mereka mengharapkan gelaran, mereka mengharapkan kepuasan duniawi."
"Semangat berkorban, semangat berjuang, semangat berkhidmat untuk bangsa, untuk negara semakin tipis, semakin lemah. Sedarilah! Di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika Umno, dan jika Barisan Nasional tidak berubah, maka pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada Barisan Nasional menubuhkan kerajaan."
Terbukti Pak Lah sebenarnya gagal mengubati barah dan kanser yang sedang menarah Umno. Malah ramai pemerhati merasakan pengganti Pak Lah bukan sahaja gagal memulihkan Umno malah Umno akan bertambah parah dan akhirnya akan berkubur dengan sendirinya.
'Signal' bahawa Umno semakin parah dapat dilihat apabila Khairy yang sepatutnya ditolak oleh perwakilan kerana terbukti rasuah akhirnya menang sebagai Ketua Pemuda Umno.

Comments

Anonymous said…
Memang itu yg mereka mahu!!!
.
Siaran Langsung Perhimpunan Agong UMNO