PAS TIDAK KEMARUK UNTUK BERSAMA KERAJAAN CAMPURAN

TPJ PAS Melaka, Bakrin Sidek berkata bahawa pendirian Dr Mahathir yang menolak kerajaan campuran memang dijangka kerana sewaktu beliau menjadi Presiden Umno dahulu pun beliau tidak pernah menpelawa PAS untuk menyertai kerajaan campuran. Malah menurut Bakrin, PAS sendiri tidak pernah membuat keputusan secara rasmi untuk bersama Umno dalam kerajaan campuran.
"Bagi saya kenyataan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi memang sesuai dengan pendirian PAS di mana semua keputusan parti mesti diputuskan oleh parti di dalam muktamar"
"Manakala PAS juga memang bersedia untuk bekerja sama dengan sesiapa sahaja tetapi mestilah atas dasar dan prinsip yang betul bukan sekadar bercakap tetapi pelaksanaan dan reformasi kepada sistem yang digunapakai tidak pernah dibuat dan dirancang".
"Apa guna kerajaan campuran jika ianya dibina atas sistem sekarang yang jelas korup, tidak telus, menzalimi rakyat dan tidak adil, untuk itu secara peribadi saya yakin ahli dan pimpinan PAS tidak akan bersetuju membuta tuli untuk membentuk kerajaan campuran" ujar Bakrin.
Umno/BN bagi saya mesti merubah dasar perjuangan, sistem pentadbiran kerajaan dan polisi kerajaan, selagi ia tidak berubah bukan sahaja PAS yang tidak sudi bersama Umno/BN malah parti-parti lain juga tidak akan menyertai kerajaan campuran yang diwar-warkan itu.

Comments

Anonymous said…
Bunga tahi ayam itu busuk. Kalau disunting akan berbau busuknya. Jadi tak usahlah, banyak lagi bunga yang harum.