Ternyata PAS jauh lebih terbuka dari Umno. Ketika Umno menghalang semua media internet membuat liputan pada persidangan agung Umno, Mursyidul Am PAS secara jujur menyatakan PAS akan membenarkan semua media membuat liputan pada muktamar PAS.
PAS akan membenarkan semua media membuat liputan sepanjang mukmatar agungnya Jun ini walaupun Umno melarang media milik pembangkang membuat liputan semasa persidangan Umno yang sedang berlangsung sekarang, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Kita tidak akan halang. Kita akan membiarkan media arus perdana membuat liputan Muktamar Agung PAS nanti," kata Menteri Besar Kelantan itu.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang melarang media pembangkang daripada membuat liputan perhimpunan agung Umno kali ini.Nik Aziz menyifatkan sekatan itu sebagai mengelakkan percambahan pemikiran orang ramai.
Comments