PAMER ASET PERIBADI ONLINE : BERANIKAH KEPIMPINAN BN TIRU KERAJAAN SELANGOR?

Kerajaan Negeri Selangor mengotakan janji untuk menyatakan aset peribadi yang dipunyai oleh Menteri Besar dan Exco-exconya bermula esok di laman web kerajaan negeri www.selangor.gov.my.
Ternyata kerajaan negeri mengotakan janjinya untuk berbuat demikian seperti yang dinyatakan dalam manifesto Barisan Alternatif PRU 2008.
Senarai aset yang akan dipamerkan di dalam laman web itu ialah harta yang diperolehi mereka selepas mengangkat sumpah memegang amanah masing-masing.
Syabas saya ucapkan kepada kerajaan Selangor yang terbukti berani berdepan dengan rakyat tidak sebagaimana kerajaan BN di peringkat pusat atau negeri.
Saya mencabar seluruh kepimpinan kerajaan BN baik di pusat dan negeri melakukan perkara yang sama untuk membolehkan rakyat menilai setiap mereka samada berjuang untuk rakyat atau berjuang untuk mengenyangkan tembolok mereka dan kroni-kroni mereka.

Comments