NIZAR PEMIMPIN KENTAL, KOMITED DAN TAHAN UJI

Saya begitu kagum dengan kejayaan YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang terus komited memperjuangkan hak rakyat yang diragut oleh BN. Kekentalan semangat, komitmen dan kesabaran beliau wajar dicontohi oleh sekelian pejuang Islam dan keadilan.

Bukan mudah untuk menghadapi ujian seberat itu. Tidak semua orang boleh tahan dengan ujian dan cabaran hebat sebegini. Bukan calang-calang orang boleh tahan dengan ujian yang bukan sahaja datang dari luar malah dari dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Namun Nizar kelihatan masih tegap, gagah dan berstamina untuk meneruskan perjuangan memartabatkan hak dan keadilan untuk rakyat.

Inilah hasil tarbiah dan didikan Islam yang ada di dalam diri beliau. Maka tidak syak lagi pemilihan beliau sebagai Menteri Besar Perak oleh Ke Bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak selepas Pilihanraya umum lalu adalah pilihan tepat.

Saya yakin beliau mempunyai sifat seorang negarawan yang kental mempertahankan hak dan maruah rakyat dan dirinya.

Saya juga menyanjung tinggi sokongan dan dokongan dari sekelian pemimpin Pakatan Rakyat Perak kepada Nizar. Saf Exco negeri Perak dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat terus komited mempertahankan Nizar dan kerajaan negeri Perak. Rakyat sebenarnya melihat dan menilai semua ini. Mereka hanya menantikan saat dan waktu yang sesuai untuk menghukum BN yang merompak dan menyamun mandat yang mereka berikan kepada PR pada PRU 12 lalu.

Insya Allah signal awal akan mereka zahirkan pada 7 April nanti di mana BN akan mereka sungkurkan dengan dengan semalu-malunya.

Kami penyokong dan simpatisan PR di negeri lain sentiasa memberikan sokongan moral dan doa kepada Nizar dan pemimpin PR lain.

Syabas Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat Perak!!!!!!

Comments

Anonymous said…
ASSALAMUALAIKUM...

INSYAALLAH YB NIZAR AKAN KEMBALI MENJADI MB PERAK.

ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!