NIZAR CALON PAS DI BUKIT GANTANG?

YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dipilih sebagai calon PAS bagi Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.? Spekulasi ini bertiup kencang sekarang.
Sumber dalaman PAS menyebut bahawa antara nama-nama bakal calon yang ada dalam senarai ialah nama ahli politik paling popular ini.
Malah ada cawangan-cawangan di dalam PAS Kawasan Bukit Gantang yang menghantar nama beliau sebagai calon pilihan mereka.
Saya yakin jika nama beliau dipilih ramai yang bersetuju kerana sememangnya beliau diterima oleh rakyat negeri Perak dan Bukit Gantang walaupun beliau tidak berasal dari Bukit Gantang. Malah dari segi populariti Nizar merupakan ahli politik paling popular sekarang berbanding dengan pemimpin PAS Perak yang lain. Ini sesuai dengan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak.
Sebelum ini DAP Negeri Perak mencadangkan Nizar bertanding di kerusi tersebut.
Selain dari Nizar bakal-bakal calon lain yang popular ialah Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Ahmad Awang, Dr Khairuddin Datuk Abdul Malik dan Haji Asmuni Awi.

Comments