NIZAR BAGAIKAN PENYAMUN DAN PEROMPAK

YAB Menteri Besar Perak yang tidak pernah dilucutkan jawatannya, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin diibaratkan sebagai seorang penyamun dan perompak kerana ke mana sahaja beliau pergi beliau akan diekori dan di kawal oleh Polis samada yang beruniform atau 'freeman'.

Mungkin beliau sangat bahaya dan ganas yang menyebabkan beliau dikawal sedemikian rupa. Sedangkan beliau adalah Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang sah.

Mengapa terjadi sedemikian semuanya angkara Umno/BN yang memperkudakan Polis untuk kepentingan politik mereka sehingga Polis sendiripun dilayan seperti Polis peribadi mereka boleh diarah ke sana ke mari.

Beberapa lepas Nizar dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Perak memberitahu bahawa Nizar akan memohon untuk mengadap Sultan Perak hari ini.

Maka sibuklah Polis berkawal di depan istana bagaikan penyamun dan perompak ingin merompak Istana. Sedangkan Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan hanya meminta untuk mengadap Ke Bawah Duli Tuanku bagi mempersembahkan keputusan Sidang DUN tergempar 2 minggu lepas.

Lantaran itu Polis mengadakan kawalan ketat di Istana Kinta sejak pagi tadi lagi. Keadaan ini ekoran dari berita yang mengatakan YAB Menteri Besar, Ir.Muhammad Nizar Jamaluddin akan menghantar surat mohon mengadap pada hari ini.

Tengah hari ini orang ramai yang tidak dapat dipastikan statusnya masih menunggu di depan kawasan pintu istana.

Jelas sekali Polis sudah hilang identiti bukan lagi bersungguh-sungguh untuk menangkap penjenayah sebaliknya pantas bertindak untuk memastikan kesinambungan BN/Umno.

Menteri Besar pula telah beberapa kali dihalang dari menjalankan tugas antaranya memasuki pejabatnya dan menghadiri Sidang DUN. Ini merupakan suatu tindakan yang amat tidak bertamadun.

Comments

Anonymous said…
buleh lawan ke kontrak bikin jalan 500j di sabah tuh?

kalau tak mampu... tak payah jumpa la... mesti tak dapatnya....
Unknown said…
harap perakian terus memberikan sokongan padu kepada PR & nizar demi menentang kezaliman.

polis malaysia adalah juah lebih teruk daripada buaya darat.
Anonymous said…
I bets with you guys that the Sultan will not give a consent. His otak already make up his mind.. Gamuda oh gamuda..