NILAI SEMULA SOKONGAN KEPADA BN

Saya menyeru seluruh rakyat Negeri Melaka supaya menilai semula sokongan kepada kerajaan BN Negeri Melaka kerana ternyata pemimpin negeri ini tidak berintegriti, terlibat dengan rasuah dan mengamalkan cara pemerintahan yang boros dan tidak berpandangan jauh.
Kes rasuah yang melibatkan Ketua Menteri seharusnya menjadi sebab utama rakyat beralih sokongan kepada PR. Saya amat hairan jika rakyat tidak membuka mata dalam isu ini yang jelas membuktikan dakwaan PR selama ini bahawa Ketua Menteri memang seorang kaki rasuah dan tidak berintegriti.
Kalau selama ini orang menuduh kita membuat dakwaan kosong tanpa bukti, nah sekarang Allah membentangkannya secara jelas di hadapan kita, adakah kita masih mahu terus menyokong kerajaan yang dipimpin oleh kaki rasuah dan sentiasa mencari kesempatan untuk mengaut kekayaan.
Rakyat seharusnya faham bahawa walaupun ada yang mendakwa Ketua Menteri tidak terlibat namun hakikatnya setiap gerakerja agen-agennya mestilah di dalam pengetahuan beliau malah duit yang dibelanjakan untuk sogokan itu juga kemungkinan besar duit beliau. Tidak mungkin agen-agen itu boleh mengeluarkan duit poket sendiri untuk menyogok perwakilan.

Satu perkara lagi yang perlu direnungi oleh rakyat Melaka ialah dari mana agen-agen Ketua Menteri mendapat duit yang begitu banyak sehingga boleh menyogok perwakilan dengan banyak.
Sudah sampai masanya rakyat negeri Melaka bangkit menunjukkan penentangan kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh kaki rasuah.
Antara tindakan yang boleh diambil ialah mengundi PR pada Pilihanraya umum akan datang; keluar dari Umno/MCA/MIC/Gerakan/PPP dan menyertai mana-mana parti komponen PR; menyeru dan memberitahu anak, isteri, saudara-saudara, kawan dan jiran tentang keburukan kerajaan BN supaya mereka bangkit menolak mereka pada pilihanraya umum akan datang.

Comments