NAJIB TERANCAM, ORANG LAIN DIPILIH SEBAGAI PM?

Yang Dipertuan Agong boleh memilih sesiapa sahaja yang Tuanku perkenan untuk menggantikan Abdullah Ahmad Badawi. Malah Tuanku Mizan pernah melakukan perkara yang sama apabila memilih Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu dengan mengenepikan pilihan Umno iaitu Idris Jusoh.
Jadi Najib sebenarnya belum selamat. Malah rakyat terbanyak juga sudah tentu menyokong Tuanku Mizan jika baginda memilih calon selain dari Najib yang penuh kontroversi sejak dari muda sehingga sekarang.
Rakyat sudah tentu akan menjunjung kasih dan taat setia kepada Baginda jika calon yang lebih bersih, telus, berkarisma, tiada kontroversi, berakhlak mulia dipilih.
Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri juga telah merayu kepada Baginda supaya calon lain selain dari Najib diperkenankan oleh Tuanku Mizan.
Ahli Parlimen Gua Musang dan ahli politik veteran yang penuh berpengalaman, Tengku Razaleigh Hamzah berkata hari ini yang saya petik dari Malaysiakini, bahawa Tuanku Mizan boleh memilih sesiapa sahaja selain dari Najib walaupun BN mempersembahkan nama Najib untuk dilantik sebagai PM.
Pemerhati politik merasakan bahawa calon-calon lain yang sesuai untuk jawatan Perdana Menteri di kalangan Ahli Parlimen BN adalah Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh, Rais Yatim dan lain-lain.
Daulat Tuanku!!

Comments

baca-baca said…
Memang sewajibnya Yang DiPertuan Agong TIDAK melantik datuk najib sebagai PM.
Demi kesejahteraan agama Islam, rakyat dan negara, datuk najib langsung tidak layak utk menyandang jawatan PM.
Akan hancur negara dan umat sekiranya dia menjadi PM.
Selama2nya juga rakyat tidak akan menerima pemimpin yang kotor.
Semoga Allah membuka pintu hati YDP Agong dan memudahkan jalan bagi Tuanku utk membawa umat kepada kehidupan Islam yang syumul, seperti yang amat didambakan oleh sekalian umat Islam
Malaysia.
Tolonglah...telah sekian lama kita hidup di dalam kebatilan dan kemungkaran . Di manakah kebenaran,
keamanan dan kenikmatan hidup di dalam kesentosaan?