Bakal Presiden Umno, Najib Razak mengakui bahawa media internet sangat berpengaruh dalam menentukan kejayaan sesebuah parti politik.
Dalam ucapan ketika merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serentak di Kuala Lumpur malam tadi, Najib berkata generasi muda kepimpinan Umno perlu berbicara dalam lenggok bahasa komuniti siber dan menjadi pemuka kepada penggunaan teknologi sebagai senjata politik.
Hanya dengan berbuat demikian barulah Umno boleh mengaku sebagai parti yang mewakili bisikan nurani sebenar rakyat terutama dalam kalangan generasi muda.
Ternyata Najib terpaksa mengakui perkara ini. Cuma saya bimbang jika BN telah bertindak menggantung Harakah dan Suara KeAdilan mungkin BN akan bertindak pula kepada media internet.
Riak-riak BN akan bertindak kepada media internet ini jelas kelihatan apabila media ini dinafikan hak untuk membuat liputan pada Persidangan Agung Umno yang sedang berlangsung sekarang.
Comments