MEMANG SUDAH DIJANGKA, KPN DAN PEGUAM NEGARA BERSIH DAN SUCI

Memang sudah dijangka bahawa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara didapati tidak terlibat dalam kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Kedua-dua memang 'bersih dan suci'. Kedua-duanya mungkin mencapai tahap 'maksum'. Selagi mereka berkuasa dan memegang jawatan yang 'power' itu sesiapa pun tidak dapat dan tidak boleh mendakwa mereka. Selagi kerajaan BN memerintah selagi itulah ramai yang sangsi kepada institusi pengadilan di negara kita.
Buang masa sahaja sesiapa yang ingin menyaman mereka berdua, kerana mereka adalah suci dan bersih malah mungkin maksum pula. Tunggulah sehingga kerajaan BN jatuh tersungkur dan digantikan dengan kerajaan telus dan adil, Insya Allah semua perbicaraan akan telus dan adil juga.
Keputusan siasatan terhadap Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail dimaklumkan dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Anwar membuat aduan polis terhadap kedua-dua pegawai tinggi kerajaan itu pada 1 Julai tahun lalu sewaktu mantan timbalan perdana menteri tersebut disiasat berhubung dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mereka berdua adalah pembawa watak penting dalam drama usung-mengusun tilam. Bilalah agak drama sehebat itu akan ditayangkan semula. Mungkin perbicaraan kes liwat Anwar ke atas Saiful Julai ini akan mengatasi kehebatan Drama tersebut. Sama-sama kita tunggu 'tayangan'nya nanti.

Comments

farrah said…
Memang macam itulah bila ada kuasa. Orang bawah semua ditindas baik punya.
Anonymous said…
DSAI,TGNA,HADI AWANG tu maksum sgt ke? smpi apa yg mereka ckp walaupun ada yg ada berunsur fitnah dan memburukkan org lain itu adalah benar atau korang saja buta kan mata dan pekak kan telinga..

bersikap adil bila nk judge org bro..nnt xpasal2 awak pun dapat dosa juga bile menfitnah org..