PRK BUKIT GANTANG : MEDIA PENGAMPU BN TIDAK PANDAI MENGIRA

Membaca dan menonton media pengampu BN semalam sungguh menyebabkan hati ini menjadi meluat, geram, marah dan loya. Mana tidaknya tidak satu pun media pengampu ini melaporkan jumlah sebenar kedua-dua penyokong PR dan BN yang hadir mengiringi calon masing-masing.

Antara laporan yang dimuatkan dalam media pengampu itu ialah :-

1) Jumlah kedua-dua penyokong parti BN dan PR adalah 10,000 orang.
2) Kedua-dua penyokong keluar beramai-ramai (tidak dinyatakan jumlah).

3) Jumlah penyokong BN dan PR adalah 12,000
.....dan lain-lain lagi corak pemberitaan yang jelas tidak beretika, pembohong dan pengkhianat.

Saya yang hadir sendiri pada hari penamaan calon terkejut kerana jumlah penyokong BN hanya sekitar 4,000 - 5,000 orang sedangkan penyokong PR dianggarkan berjumlah 20,000- 40,000 atau mungkin lebih dari itu.

JELAS SEKALI MEDIA PENGAMPUN BN BUTA MATEMATIK DAN TIDAK BERAMAL DENGAN ETIKA KEWARTAWANAN YANG MESTI MENYIARKAN BERITA YANG TEPAT DAN SAHIH.


Comments

si lembik's said…
tula...kawan dah cakap jangan belajau math dalam BI..kan dah jadi bodooo puak2 UMNO harbi ni...
anak merdeka said…
Bukan bodoh je..buta warna pun yea gak...warna biru ngan hijau pun x dapat nak bezakan...cian ngan diaorang ni...dah kena sogok..suma nampak kelabu asap.