MEDIA CUBA LAGAKAN PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Sebagaimana biasa media pembodek akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memporak perandakan perpaduan dan permuafakatan Pakatan Rakyat.

Isu terbaru ialah berkaitan dengan cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang agar kerajaan perpaduan diujudkan di Malaysia bagi mengatasi pelbagai masalah seperti krisis ekonomi dan sebagainya.

Hari ini media cuba menangguk di air keruh dengan cuba membuat provokasi kepada Setiausaha Agong DAP, YAB Lim Guan Eng agar melatah.

Soalan yang dituju tidak lain tidak bukan berkait dengan kerajaan perpaduan cadangan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Nasib baik Lim sudah matang berhadapan dengan soalan yang penuh 'tricky' sebegini.

Wartawan meminta beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi barubaru ini, yang mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) membentuk sebuah kerajaan campuran.
Dengan bersahaja Lim menjawab bahawa Abdul Hadi perlu memberi penjelasan kepada majlis kepimpinan tertinggi pakatan DAPPASPKR berhubung cadangan pembentukan kerajaan campuran di negara ini.

Lim berkata perkara itu memerlukan penjelasan yang lebih terperinci bagi memastikan maksud sebenar berhubung kenyataan yang dibuat Abdul Hadi itu.

Menurutnya beliau tidak tahu apa yang beliau dimaksudkan, jadi lebih baik katanya, pemimpin PR mendapat penjelasan secara langsung daripada Abdul Hadi.

Ini kerana menurutnya, kalau hanya bergantung dengan apa yang dilaporkan (media) mungkin tidak begitu tepat.

Comments