"Maaf Pak Lah kami tidak dapat mengikut nasihatmu kerana hampir semua calon yang bertanding pada pemilihan Umno ini adalah calon bermasalah, terlibat dengan rasuah politik, salah guna kuasa dan semuanya 'Yes Man' mengikut apa juga yang dikata oleh Ketua tanpa memberikan nasihat dan teguran."
Mungkin itulah yang terbuku di dalam hati dan kepala sesetengah perwakilan apabila mendengar nasihat Pak Lah pada Majlis Taklimat Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam.
Malah lebih teruk lagi perwakilan pun sama-sama sahaja berperangani jijik kerana masing-masing menerima sogokan dan rasuah dari calon-calon ketika pemilihan cawangan, bahagian dan pusat.
Bayangkan betapa teruknya Umno sehingga kira-kira 1000 aduan rasuah dan salah laku dilaporkan kepada Lembaga Disiplin. Malangnya hanya beberapa aduan sahaja yang diambil tindakan.
Jadi terbukti kalau diibaratkan seekor ikan, Umno bukan sahaja buruk di kepala malah keseluruhan badan pun sudah buruk, berpekong dan menanti masa untuk reput dan ditalkinkan.
Pak Lah dalam taklimatnya semalam meminta perwakilan supaya memilih yang terbaik untuk parti dan diterima rakyat!
Comments