KHAIRY MENANG : PEMUDA UMNO AKAN LEBIH GANAS

Ramai menjangkakan kemenangan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Ketua Pemuda Umno akan menyebabkan Pemuda Umno akan menjadi lebih ganas berbanding sebelum ini. Ini kerana semua orang kenal siapa Khairy yang sering berlagak samseng ke mana sahaja beliau pergi.

Lihat sahaja bagaimana gelagat beliau semasa kempen PRK Ijok dan lain-lain.

Kemenangan beliau yang agak mengejut semua pihak mungkin merubah Pemuda Umno 100 % kerana sebelum ini Pemuda Umno sering dilihat lembik dan lesu di bawah kepimpinan Hishamuddin Tun Hussein sehingga ada yang menganggap Puteri lebih keras dari Pemuda Umno.

Pemuda Umno mungkin bersikap lebih keras dan ganas kepada musuh politik mereka dan sifat ini mungkin sesuai dengan Presiden Umno yang baru.

Namun masih awal untuk kita melihat stail sebenar kepimpinan Pemuda. Kita tunggu dan lihat.

Comments

mn said…
Oitt,

Bukan lebih ganas...tapi lebih CERDIK.
Anonymous said…
Biarlah diorg ganas ke, buas ke, nak sembelih org ke, nak bom c4 ke, buat lah apa saja lantak lah...namun UMNO tetap dibenci dan ditolak juga...nak jd malaikat pun kena tolak juga...
dah nasib UMNO sekarang...lantiklah siapa pun jd pemimpin mereka...tp mereka akan tetap ditolak juga....