Saya bagaikan hendak tergelak dan ketawa sendiri bila membaca kenyataan Suami Nori Abdullah, Khairy Jamaluddin yang memberikan komen tentang politik wang. Menantu Imam Hadhari ini seolah-olah ingin memperbodohkan rakyat semacam rakyat ini buta maklumat dan tiada otak untuk berfikir.
Satu dunia tahu bahawa sebahagian besar atau kemungkinan 100 % calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno hujung Mac ini terlibat dengan rasuah politik wang dan mereka menang kerana politik wang. Ini bermakna ahli Umno yang mengundi mereka kebanyakannnya terpengaruh dengan politik wang dan habuan-habuan lain seperti pakej pelancongan, projek, pingat dan sebagainya.
Tidak usahlah Khairy berlakon untuk menunjukkan pemimpin Umno semuanya baik dan ahli Umno bagaikan malaikat kerana orang kampung semua sudah tahu akan apa yang berlaku. kalau tidak masakan ribuan aduan salah laku dan politik wang diadukan kepada Jawatan Kuasa Tatatertib Umno sejak pemilihan cawangan hingga pemilihan Bahagian dan sekarang pemilihan pusat.
Semalam Calon Ketua Pemuda itu berkata perwakilan Umno tidak akan mudah menggadaikan undi mereka demi wang pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada 24 Mac ini.
Khairy berkata lagi bahawa beliau cukup bangga dan yakin dengan para perwakilan kali ini kerana setakat apa yang saya tahu, mereka tidak terlibat dengan gejala negatif seperti politik wang.
Menantu Perdana Menteri yang lebih mesra di panggil Penghulu Tingkat 4 itu berkata demikian selepas menghadiri majlis pertemuan calon Pergerakan Pemuda Umno dengan perwakilan Umno Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, malam tadi.
Comments