KEZALIMAN BN DAN POLIS TIDAK AKAN DILUPAKAN

Ada anak yang kehilangan ibubapa, ada isteri terpisah dengan dengan suami, ada kawan kehilangan sahabat, ada barangan terjatuh, ada si pemakai cermin mata meraba mencari cermin mata dan seribu satu macam peristiwa berlaku petang tadi. Semuanya kerana tindakan kerajaan BN dan Polis yang tidak berhati perut dan tidak berotakkan otak manusia.

Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana kanak-kanak muntah-muntah menjerit, meraung dan menangis akibat loya, sakit dan pedih mata mereka. Ada nenek dan warga emas yang pengsan, merah muka serta berair mata menahan kesakitan terkena gas pemedih mata yang dibeli dengan duit titik peluh rakyat.

Kini duit rakyat sendiri digunakan untuk menyiksa dan menzalimi rakyat. Mengapa kerajaan tergamak menyiksa rakyatnya sendiri yang ingin memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa rasmi negara.????

Comments