Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka berkata PAS jauh lebih terbuka dari Umno. Ketika Umno menghalang semua media internet membuat liputan pada persidangan agung Umno, Mursyidul Am PAS secara jujur menyatakan PAS akan membenarkan semua media membuat liputan pada muktamar PAS.
"PAS akan membenarkan semua media membuat liputan sepanjang muktamar agung Jun ini walaupun Umno melarang media milik pembangkang membuat liputan semasa persidangan Umno yang sedang berlangsung sekarang sebagaimana kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini".
"PAS tidak akan halang. Kita akan membenarkan media arus perdana membuat liputan Muktamar Agung PAS nanti, dan ianya tidak memberikan masalah kepada PAS kerana PAS adalah sebuah parti yang telus dan terbuka tidak sebagaimana yang cuba menyembunyi sesuatu dari media". kata Bakrin.
Beberapa hari lalu Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang melarang media pembangkang daripada membuat liputan perhimpunan agung Umno kali ini.

"Nik Aziz menyifatkan sekatan itu sebagai mengelakkan percambahan pemikiran orang ramai"
"Kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno memang mengamalkan dasar tidak demokratik kepada media" ujar Bakrin.
Sebagai contohnya katanya kerajaan menggantung penerbitan Harakah dan Suara Keadilan baru-baru ini tanpa sebarang alasan yang konkrit dan munasabah.
"Saya yakin dasar Umno akan menyebabkan negara kita akan ketinggalan kerana pemikiran rakyat menjadi semakin jumud dan tertutup kerana maklumat yang diperolehi dari media bersifat jumud dan tertutup, semuanya menjuruskan kepada sokongan kepada kerajaan secara membuta tuli tanpa ada maklumat alternatif. Jadi fikiran rakyat akan sentiasa tertutup dan tidak berkembang".tambah beliau.

Comments