Keputusan Kerajaan BN menggantungkan Harakah dan Suara Keadilan serta merta hari ini merupakan petanda bahawa BN dalam keadaan terdesak dan kucar-kacir.
Setiap tali BN berada dalam gawat mereka akan bertindak ke atas akhbar alternatif kerana mereka tidak mahu rakyat tahu dan terdedah dengan kelemahan dan kebobrokan mereka. Contohnya selepas PRU 1999 di mana BN kalah teruk Harakah di cantas penerbitannya dari 2 kali seminggu kepada 2 kali sebulan.
Hari ini kejadian serupa berlaku lagi. Kerajaan BN menggantung Harakah dan Suara Keadilan secara tiba-tiba tanpa memberikan sebab konkrit.
Tidak syak lagi BN sebenarnya berada dalam keadaan amat defensif untuk berhadapan dengan rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. BN juga sedang menghadapi masalah paling kronik terutama melibatkan Umno dan MIC yang bergelora sekarang.

Comments