CIUM KERIS, TAPI BAHASA DAN KEDAULATAN MELAYU DIGADAI

Kalau tidak silap saya sudah 2 kali perhimpunan agung Umno Ketua Pemudanya mencium keris yang menjadi lambang bagi bendera Umno dan dikatakan juga sebagai lambang bagi ketuanan dan kedaulatan Melayu.

Hari pada persidangan Pemuda Umno ketuanya yang akan berundur, Hishamuddin sekali lagi mencium keris yang tidak bersarung. Hebat dan gagah nampaknya ....(namun hari ini orang sudah tidak menggunakan keris lagi untu bertarung dan berperang.)

Apa maknanya Hishamuddin mencium keris ini saya pun kurang pasti. Mungkin beliau ingin menunjukkan bahawa pemuda Umno memang gagah dan berani menentang siapa sahaja dengan keris ini.

Malangnya kita lihat Umno sendiri yang menghancurkan bahasa dan kedaulatan Melayu. Dasar PPSMI masih diteruskan dan tidak ada tanda-tanda ianya akan dimansuhkan. Sementelah dalam ucapan bakal Perdana Menteri semalam beliau juga seolah-olah mengiyakan bahawa dasar ciptaan Mahathir iaitu PPSMI ini akan diteruskan.

Begitu juga dengan kedaulatan Melayu yang kini semakin terhakis lantaran kealpaan, kelembapan dan pengkhianatan Umno kepada bangsa Melayu.

Cuba kira berapa % pegangan ekonomi orang Melayu?
Berapa banyak tanah orang Melayu sudah tergadai?
Bahkan tanah wakaf pun mereka gadai dan jual?
Islam yang sinonim dengan orang Melayu juga sudah tidak relevan kerana ramai di kalangan orang Melayu yang murtad dan menganut agama lain kerana pengkhianatan dan kealpaan Umno.

Comments

pekembar said…
Benar sekali apa yang tertulis. Tapi nampaknya mereka ini tidak pernah insaf. Kesedaran akan bahasa Melayunya umpama kisah Si Tanggang dengan ibunya. Patutnya bahasa ibunda diangkat dan dijulang martabatnya. Bukannya makin lama makin dipinggirkan.