CALON BEBAS PALING RAMAI : BUKIT SELAMBAU PECAH REKOD

Sehingga kini sudah lebih dari 10 borang pencalonan telah dibeli oleh bakal-bakal calon dan wakil mereka. Malah sudah lebih 5 orang mengaku akan bertanding sebagai calon bebas.

Mengapa begitu ramai yang ingin bertanding di Bukit Selambau. Mungkinkah PRK Bukit Selambau akan menyaksikan bilangan calon bebas paling ramai bertanding dalam sejarah PRK.

Mesti ada sebab mengapa ramai yang berminat untuk bertanding di Bukit Selambau. Ada antara mereka merasakan bahawa calon bebas mempunyai peluang untuk menang sebagaimana yang dilakukan oleh bekas YB sebelum ini iaitu V Arumugam. Namun mereka kena ingat Arumugam menang kerana sokongan dan dokongan Pakatan Rakyat iaitu Parti KeADILan Rakyat, PAS dan DAP. Jika tidak sudan tentu agak sukar untuk Arumugam menang.

Yang pasti PR akan BN akan meletakkan calon masing-masing. Besar kemungkinan BN dan PR sekali lagi akan meletakkan calon berketurunan India memandangkan peratusan pengundi India agak tinggi di DUN ini.

Walaupun Umno kelihatan beriya-iya menuntut kerusi ini namun sudah menjadi resam Umno, hanya cakap berdegar-degar tapi ekor bergelumang dengan ta@i tidak berani bertegas untuk memperolehi kerusi ini semula. Jangankan kerusi orang hendak diambil kerusi sendiri terlepas begitu sahaja seperti kerusi Parlimen Grik pada PRU 2008 dan kerusi Parlimen Bukit Gantang pada PRU 2004.

Bagi PR, tiada masalah kerana kerusi ini memang akan ditandingi oleh PKR seperti PRU 8 Mac lalu. Walaupun pada PRU 2008, Saiful Izham Ramli yang bertanding di kerusi ini namun saya yakin kali ini calon berketurunan India akan dipilih bagi mengisi kouta kaum India lebih-lebih di kalangan Exco Kerajaan Negeri Kedah sekarang ini yang berketurunan India.

Saya yakin pengundi kaum India akan mengundi calon PR bagi memastikan calon tersebut akan mewakili kaum India dalam saf Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Comments