BUKIT SELAMBAU MENGIMBAU KENANGAN LAMA

Bukit Selambau sebuah pekan koboi yang terletak tidak begitu jauh dari Sungai Petani semakin 'famous' sejak Ahli Dewan Undangannya, Arumugam meletakkan jawatan bulan lalu lantaran permainan kotor puak-puak yang tamakkan kuasa.

Arumugam mendakwa hidupnya tidak tenteram diganggu oleh 'hantu-hantu' dan 'jembalang-jembalang' utusan siapa lagi kalau bukan dari parti 'kepala penyamun'. Akhirnya beliau meletakkan jawatannya sebagai Exco kerajaan negeri dan ADUN sekaligus. Namun sebenarnya parti kepala penyamun tidak begitu 'gumbira' kerana kalau boleh mereka mahu Arumugam melompat menyertai mereka seumpama 3 jaguh lompat katak di Perak. Tetapi Arumugam lebih bermaruah dan ada harga diri. Beliau tidak sanggup menjual maruahnya semata-mata untuk menyertai parti kepala penyamun yang lebih tidak bermaruah.

Kini Bukit Selambau semakin dilawati pelancong-pelancong yang tidak diundang. Pelbagai hadiah dan habuan serta janji mula ditaburkan ke Bukit Selambau. Almaklumlah bila di mana-mana sahaja ada pilihanraya kecil maka sudah tentu bapak segala 'Santa Klaus' akan datang menjanjikan habuan berupa projek, duit dan janji-janji manis. 'Santa Klaus' ini tidak serik-serik memperbodohkan rakyat. Beliau tidak sedar bahawa rakyat sudah cerdik dan bijak menilai parti mana yang hendak diundi. Masalah projek dan pembangunan tidak menjadi hal kerana semua kerajaan akan menyediakannya untuk rakyat.

Rakyat sekarang mahu melihat samada sesebuah kerajaan itu adil, telus, ikhlas dan serius memastikan kebajikan rakyat. Apa guna pembangunan dan projek jika Islam dipinggirkan, Bahasa Melayu dihina, Bangsa Melayu semakin layu, Bangsa sendiri dianaktirikan, kezaliman berleluasa, barangan semakin mahal, pemimpin sombong dan bongkak, rasuah dibiarkan dan macam-macam lagi.

Bukit Selambau ini sebenarnya bukan suatu tempat yang asing bagi saya. Semasa saya bermukim di utara tanahair dulu saya selalu berulang alik ke Jeniang, Sik, Gurun dan lain-lain. Acap kali saya melalui Bukit Selambau. Dulu hutan getah dan kepala sawit mewarnai Bukit Selambau dengan deretan estet bersilih ganti. Kini mungkin semua sudah berubah.......

Bukit Selambau mengimbau kenangan lama ................

Comments