BUKIT GANTANG : SIAPA PUN CALON PAS, RAKYAT TETAP SOKONG

Malam ini PAS akan mengumumkan nama calonnya untuk PRK Bukit Gantang. Semua orang tahu bahawa antara nama-nama yang disebut-sebut ialah Idris Ahmad, Ahmad Awang, Mohd Sabu, Nizar Jamaluddin dan Khairuddin Malek.

Namun semua itu akan diputuskan malam ini.

Bagi saya dalam konteks Bukit Gantang faktor calon tidak sehebat PRK Kuala Terengganu. Ini kerana PRK mempunyai isu yang lebih besar iaitu rompakan kuasa kerajaan negeri yang dilakukan oleh BN sehingga meruntuhkan kerajaan itu di mata mereka sendiri. Sedangkan di pihak rakyat sehingga kini mereka masih marah kepada BN.

Oleh kerana itu saya yakin siapa pun yang dipilih menjadi calon PAS tidak begitu penting kerana kebencian rakyat kepada BN mengatasi segala-galanya.

Survey sebuah badan bebas yang dijalankan di Bukit Gantang membuktikan rakyat sangat marah kepada BN. Saya akan posting keputusan survey itu sedikit masa lagi.

Comments

Anonymous said…
Menang bukan soalnya sekarang. Yang penting sekarang ialah menang dengan majoriti yang amat besar. Oleh itu, saya sokong MB Nizar sebagai calon PRK Bkt Gantang.

Saya seorang 'Malysian Chinese' tapi saya sokong penuh PAS
Anonymous said…
Salam,
Syabas Kepada YB DS Nizar jamaluddin,yang menjadi tandatanya kenapa calon yang tidak dipersetujui oleh Nahkoda pula yang dipilih oleh AJK Pusat??
Anonymous said…
Jangan terlalu confident, PR mesti sentiasa waspada dengan 'skill' putar belit Uumnoh!. Sedangkan kuncu kecil BEnd Sami Toll Value boleh batal kan 48 undi pesaingnya, Mat Mongol lagi hebat... jangan main main tau!