Nama Bukit Gantang tidak asing bagi diriku. Ramai sahabat-sahabatku berasal dari Bukit Gantang. Antaranya Adnan Kg Jaha, Khairul Kg Bendang Siam, Batu Lapan, Faisal Kg Bendang Siam Batu Lapan, Idris Changkat Ibol, Masriyah Bukit Chempedak dan lain-lain. Pendekata saya tidak kesunyian kalau pergi ke Bukit Gantang kerana ramai kenalan ku di sana. Walaupun mereka mungkin tidak tinggal di sana kerana bekerja di luar namun desa-desa mereka masih gah di sana untuk aku kunjungi.
Sahabatku bekas Exco MPPUSM, Idris Zakaria pernah bertanding pada PRU 2004 lalu di salah satu DUN di Parlimen Bukit Gantang ini.
Di kalangan pimpinan, AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berasal dari Bukit Gantang malah beliau pernah bertanding di DUN Changkat Jering dan pernah juga diamanahkan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang.
Saya turut sama turun berkempen membantu Ustaz Idris semasa PRK tersebut kalau tak silap di hujung era 90-an.
Kampung Bukit Chempedak sendiri menjadi antara kampung yang menjadi nostalgia dalam hidupku kerana saya pernah berkunjung ke sana menziarahi keluarga seorang sahabat dalam usaha menjalinkan hubungan silaturrahim sesama Islam.
Saya bersama-sama dengan Saudara Mohammad Ismail (Bekas Calon PAS DUN Guar Cempedak, Kedah) membawa misi besar seorang sahabat berkunjung ke sana. Alhamduillah segalanya selamat. Saudara Mohammad sudah tentu tersenyum jika membaca posting saya ini. Unta saya WBP 4731 menjadi kenderaan kami pada masa itu.
Selain semasa muda-muda dahulu saya memang sering melalui kawasan Bukit Gantang terutama Changkat Jering kerana setiap kali saya balik ke kampung menaiki motorsikal Honda Raider saya berplat nombor PBD 9338 (di mana gerangan motorsikal kesayangan saya ini sekarang) saya akan melintasi kawasan ini. Kadang-kadang berehat sebentar melabuhkan diri berehat sebelum meneruskan perjalanan samada haluan ke Pahang atau Pulau Pinang. Memang itu rutinku sekitar tahun 1989-1992. Saya sering pulang ke kampung menaiki Honda Raider berwarna putih biru, kemudian putih hitam dan kembali putih biru itu.

Memang kali ini saya tidak akan melepaskan peluang untuk kembali ke Bukit Gantang membantu PAS pada Pilihanraya Kecil ini. Saya dan sahabat-sahabat akan turun habis-habisan untuk mengajar BN yang biadap, celupar dan derhaka kepada Raja dan rakyat ini.
Kepada sahabat-sahabat ku Khairul, Adnan, Faisal, Masriyah, Idris kalau ada durian sediakan banyak-banyak sebab Bukit Gantang memang terkenal dengan duriannya yang 'berbuah sepanjang tahun' termasuk yang diimport...he he..
Comments