BUKIT GANTANG MENUNGGU NIZAR UNTUK KUBURKAN BN?

Ramai pengundi di Parlimen Bukit Gantang mahu Menteri Besar YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding pada Pilihanraya Kecil 7 April nanti.

Rata-rata dari mereka saya rasakan bersetuju jika PAS meletakkan YAB Mohammad Nizar bertanding di situ bagi menaikkan semangat rakyat Perak mengajar BN yang biadap merompak kuasa Kerajaan PR Perak.

Bagi saya jika Nizar dicalonkan sudah tentu golongan atas pagar juga mengundi beliau kerana simpati dengan Nizar dan PR.

BN sudah pasti terasa bahangnya jika Nizar diturunkan oleh PAS kerana semua rakyat dan pengundi di sana mengenali beliau walaupun beliau baru setahun menjadi YAB Menteri Besar Perak.

Semua lapisan masyarakat tidak kira Cina, India maupun Melayu menyenangi beliau yang terkenal dengan sikap mesra, ramah dan berhemah. Beliau juga dilihat mempunyai karisma dan personaliti yang baik sebagai seorang pemimpin.

Beliau juga berkemampuan untuk bercakap dalam Bahasa Mandari, Tamil, Inggeris dan Melayu. Selain itu beliau mampu menjadi Imam, Khatib dan menyampaikan kuliah agama dengan baik.

Tidak syak lagi jika Nizar menjadi calon di Bukit Gantang, BN akan lebih teruk tewasnya nanti.

Comments

Anonymous said…
Teman setuju sesangat kalau dato seri nizar bertanding di BUKIT GANTANG,Tetapi tambah setuju sesangat 1000% kalau BN letak dr zamry menentang dato seri nizar.Baru kena buku dengan ruas.
Unknown said…
Lagipun, bila di parlimen kelak, bolehlah beliau jegeh muka2 yang bertanggungjawab memporak perandakan kedamaian rakyat Perak (Najib n Zahid Hamidi dll)..