BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU & BATANG AI : BAJET MINI KEDUA JADI UMPAN

BN mendapat suntikan baru untuk menggula-gula pengundi Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Batang Ai dengan melancarkan pakej kedua bajet mini 2 hari lepas.

Saya yakin sebahagian dari bajet ini akan di'lari'kan ke kawasan pilihanraya kecil ini kerana kita semua sedia maklum bahawa projek, janji dan habuan material adalah bahan kempen tradisi dan paling ampuh pada pandangan Umno/BN.

Walaupun kita tahu rakyat sudah semakin cerdik dan bijak menilai sesebuah parti semasa pilihanraya, namun pemikiran pemimpin BN masih ditakuk lama iaitu mengamalkan politik pembangunan dan politik kebendaan. Sedangkan rakyat hari ini sudah tidak memandang perkara tersebut lagi tidak seperti pada era 80-an dan 90-an dahulu.

Rakyat dan pengundi hari ini lebih bijak mereka lebih menumpukan kepada perkara-perkara yang berkaitan kedaulatan bangsa, bahasa, agama dan masa depan mereka. Rakyat tahu pembangunan sebenar tidak membawa apa-apa erti kalau kedaulatan bangsa, agama dan tanahair mereka sendiri tergadai. Pembangunan boleh dilakukan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah. Malah jika PR yang memerintah mereka yakin yang PR berupaya menjalankan pembangunan dengan lebih baik dan mampan kerana tiadanya rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang menjadi wirid pemimpin N.

Jadi saya yakin walaupun BN akan menggunakan bajet mini untuk menjanjikan pelbagai pembangunan dan projek di ketiga-tiga kawasan tersebut, pengundi di sana tidak akan termakan dengan projek dan janji-janji manis BN ini. Malah rakyat tahu janji-janji manis BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu pun mereka belum kotakan. Bahkan janji semasa PRU 8 Mac 2008 dahulu pun masih belum jelas kelihatan.

Jadi saya menasihatkan pemimpin BN supaya berpolitik dengan lebih bijak dan matang. Jangan memperbodohkan rakyat. Kelak BN yang akan dipermain dan diperbodohkan oleh rakyat.

Comments

WARIS PAHANG said…
Sila berikan bukti jangan cakap aje
Anonymous said…
ko ni bute ke ap mat????.....ko x ambik iktibar dari prk kat permatang pauh dgn kuala terengganu...brape byk janji2 manis yg bn gula2kn kat pengundi2 sane.....tulah hati dh gelap kalau asyik tgk tv3 suku dgn bace utusan meloya