Andainya BN tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Najib sepatutnya menarik diri untuk mengambilalih tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia dari Pak Lah. Ini kerana jika tewas beliau sudah tiga kali atau tewas 'hatrik' kepada PR.
Tidak manis dan tidak beretika jika seorang pemimpin sepertinya meneruskan nafsu besarnya memegang amanah sebagai Perdana Menteri sedangkan rakyat tidak menaruh kepercayaan kepada beliau.
Kalau tewas sekali mungkin dikatakan nasib tetapi kalau tewas 'hatrik' itu namanya diri sendiri memang tidak cerdik, bengap dan bengong.
Seseorang yang bergelar Perdana Menteri atau bakal Perdana Menteri seharusnya faham dan 'reti' samada rakyat suka atau tidak kepada dirinya. Mana mungkin kalau setiap kali pilihanraya BN tewas, Najib mendabik dada mengatakan dirinya masih dipercayai dan disokong oleh rakyat.
Dari itu saya merayu kepada pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau supaya menolak BN pada PRK 7 April bagi memberikan 'signal' bahawa rakyat Malaysia tidak rela dan tidak redha Najib menjadi Kepala Negara.
Punah ranah jadinya nanti ........................
Comments