BUKIT GANTANG : BN SILAP PILIH CALON

BN telah mengumumkan bahawa Ismail Safian sebagai calon untuk mewakilinya pada PRK Bukit Gantang.
Ismail merupakan calon Ketua Bahagian Umno Bukit Gantang yang tewas kepada Ketua Bahagian sekarang Rosli Ismail. Beliau merupakan bekas Ketua Penerangan Bahagian tersebut.

Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang latarbelakang calon BN yang merupakan lulusan pusat pengajian yang sama dengan saya.
Cuma saya ingin nyatakan di sini bahawa BN mengulangi kesilapan dalam pemilihan calon sama seperti di Kuala Terengganu. Bezanya cuma BN memilih orang yang pernah kalah bertanding di peringkat bahagian, secara logiknya menggambarkan bahawa orang Umno sendiri tidak menyukai beliau. Cuma Najib seorang yang suka kepada Ismail???
Mengapa saya katakan BN silap, tuan-puan boleh fikir sendiri ..............

Comments

Keylee Daud said…
kekeke...depa dah xtau dah...yg penting settle cepat2 nak fokus undi depa..kekeke