Kalau dulu zaman nenek moyang kita, tiada dacing dan 'device' untuk menyukat padi dan beras. Mereka tidak menggunakan sistem metrik atau sistem kati dan tahil kerana tiada alat. Tidak seperti sekarang macam-macam alat yang boleh kita gunakan untuk mengukur panjang, berat dan sebagainya.
Gantang adalah salah satu unit yang digunakan untuk mengukur jumlah beras atau padi pada zaman dahulu. Kalau tidak silap saya 4 cupak 1 gantang. Nenek moyang kita menggunakan unit ini untuk urusan seharian selain dari ela, jengkal, hasta dan lain-lain.
Mungkin nama Bukit Gantang diperolehi dari unit Gantang ini. Atau mungkin ada bukit di kawasan tersebut menyerupai gantang iaitu alat yang digunakan untuk menyukat beras dan padi.
Apapun jika tuan-puan ingin tahu asal usul nama Bukit Gantang kenalah tanya pakar Sejarah atau orang-orang tua di Bukit Gantang.
Yang pasti para pejuang Islam, Keadilan dan Rakyat mesti berusaha sedaya mungkin untuk menumpaskan BN dengan majoriti yang besar kalau boleh jangan biarkan BN dapat undi walaupun seGANTANG. Mari sama-sama kita bungkus BN dalam gantang dan campakkan ke dalam Sungai Perak.!!!!!
Comments