BUKIT GANTANG BAGAIKAN MEDAN PERANG

Sehari berkampung di Bukit Gantang memberikan beberapa gambaran kepada saya. Antaranya :-

1) Bukit Gantang bagaikan medan perang, di mana-mana sahaja ceruk kelibat Polis di merata tempat terutama di Traffic light dan kawasan-kawasan berhampiran Markas PAS. Martek Polis (Khemah Polis) di bina di setiap DUN dan saya jangkakan ianya menelan jutaan ringgit duit rakyat. Apa faedahnya kepada rakyat?. Pengundi Bukit Gantang kena fikirkan hal ini.

2) 50 tahun di bawah pemerintahan BN, pekan-pekan kecil di Bukit Gantang masih lagi bertaraf Pekan Koboi seperti Pekan Terong dan lain-lain. Apakah ini yang BN katakan sebagai pembangunan.

3) Masih terdapat ramai rakyat yang miskin dengan rumah kecil, usang, buruk dan hampir roboh. 50 tahun BN perintah apa yang mereka buat. Bila PR hendak baiki taraf kehidupan rakyat mereka rompak kerajaan.

4) Kebebasan dan demokrasi hanyalah omongan kosong apabila program-program ceramah pemimpin PR dan PAS dihalang. Antaranya ceramah maulidur Rasul Anwar Ibrahim di masjid Sg Bemban, Kuala Terong pada 27 Mac dihalang oleh Polis yang lengkap dengan FRU dan lain-lain.

Banyak lagi yang boleh saya catatkan cukup setakat ini dahulu ...........nanti sambung lagi

Comments

Anonymous said…
memang jelas. senario politik di bukit gantang kelihatan luar biasa sekali.

tidak di nafikan ianya ada muslihat yang mungkin akan di lakukan. samada untuk mengelirukan pakatan rakyat atau untuk menakutkan pengundi pengundi.

apa apa pun sebarang undang undang perlu di patuhi bukan sahaja oleh pr tetapi juga BN.

kalau BN sendiri mencabuli undang undang yang mereka buat, maka rakyat perlu ambil tindakan kalau sekiranya polis ambil sikap lepas tangan.

biar kita jadi polis kepada kampung kita.

jangan terlalu berharap pada pagar kerana kerapnya pagar makan padi. atau mungkin pagar tidak makan padi kerana pagar kerap juga tipu undi.

- rentakjari -
Anonymous said…
yg paling takut perang dgn hantu... sbb dia boleh menjelma macam2 bentuk dan rupa...silap2 merupa mcm tuan sofi... lagi kacau...
jom kita ramai2 tangkap hantu2 ni..kalau dah hantu dah xde baru lah aman
Saya harap warga kampung tidak percaya lagi dengan media kerajaan .
Saya cadang kan pihak PAS dan juga para wakil PR yang turun padang untuk sedia kan / muat kan bahan bacaan dari internet .
Walaupon permit Harakah dan KeAdilan di gantung tapi Online version maseh boleh di buat.
Terdapat banyak warga bloggers yang akan bantu PR untuk ini.

Tentang isu polis, kita TAK boleh harapkan polis . Ini memang kita dah tahu dan memang terbukti bahawa polis ada lah orang suruhan umno. Jangan lupa banyak kaki tangan kerajaan yang maseh pro umno.
Kita semua doa kan para rakyat, PR dan PAS akan berjaya dengan cemerlang di Bkt Gantang .
Anonymous said…
B.Gantang hebat: YB UMNOBN bertukar ganti, rumah jadi banglo,kereta bertambah, bisnes macam-macam syarikat, tukang bodek tupang sekaki. Rakyat biasa kutip pucuk paku, petai, pekasam berniaga pasar malam. Import durian cakap durian B.Gantang.Pinjam tekun tak bayar pun tak apa janji pangkah dacing...selamat.