BUKIT GANTANG AKAN JADI SAKSI KEDURJANAAN BN

Bukit Gantang akan menjadi saksi kedurjanaan BN merampok (merompak) mandat rakyat yang diamanahkan kepada Pakatan Rakyat (PR). Maling-maling (Perompak) BN yang diketuai oleh kepala perompak ala penyamun tarbus, Najib Razak, Insya Allah akan dihukum oleh rakyat yang dahagakan keadilan dan ketelusan.

Rakyat Perak sudah bosan dengan kemelut politik yang bercelaru natijah dari kedurjanaan ciptaan BN yang begitu halobakan kuasa walaupun mereka sendiri telah diterajang oleh rakyat pada PRU ke 12 lalu.

Namun disebabkan sifat mazmumah yang hebat bersarang di dalam hati pemimpin BN mereka sanggup membelakangkan kemahuan rakyat Perak yang sudah muak dan mual dengan pemerintahan BN selama 51 tahun. BN tergamak merompak kuasa dengan berselindung di sebalik ketaatan kepada Paduka Seri Sultan Perak.

Rakyat sebenarnya memerhatikan tindak tanduk dan perlakuan bobrok BN ini dari jauh dan dekat. Mereka menunggu masa yang sesuai untuk menjatuhkan hukuman setimpal dengan kelakuan tidak bertamadun BN ini.

Saya yakin BN sebenar tersilap langkah dengan menyangkakan bahawa rakyat hari ini bodoh dan tidak pandai berfikir menerima apa juga tindakan mereka walaupun jelas ianya tindakan biadap dan melukakan hati rakyat.
Insya Allah rakyat Bukit Gantang akan mewakili keseluruhan rakyat Perak menghukum BN dengan sebesar-besar malu pada 7 April ini.

Comments

bungaraya said…
Muka melayu. Kulit melayu. Berbahasa melayu. Tapi perangai macam Yahudi. Tapi memang jika ditengok pada muka memang ini jenis orang yang hanya suka melihat kepada kesalahan orang lain.