BN PERAK TAKUT PADA PLAK 'BERHANTU'

BN Perak pimpinan Zambry Abdul Kadir takut kepada Plak Demokrasi sehingga sanggup memusnahkannya. Mungkin plak itu berhantu agaknya sehingga BN yang berselindung di sebalik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sanggup 'berlawan' dengan plak tersebut.
Bahkan mereka juga memberi amaran akan mengambil tindakan tegas jika plak baru didirikan kelak. Begitulah takutnya BN kepada Plak demokrasi tersebut.
Terbukti bahawa BN begitu benci dan takut kepada Plak demokrasi sehingga apa sahaja tanda dan 'legacy' demokrasi mereka akan musnahkan. Terbukti bahawa BN begitu takut akan penentangan rakyat kepada mereka dengan menjadi Plak demokrasi sebagai simbol perjuangan dan menaikkan semangat mereka.
Ketakutan BN kepada Plak demokrasi ini memang tidak menghairankan kerana BN yang membunuh demokrasi. Jadi BN takut plak demokrasi itu akan menjadi 'hantu' yang menganggu BN kini, dulu dan selamanya.

Comments